Pengenalan
Dikemaskini Oleh : Pentadbir Portal Tarikh Kemaskini : 05/07/2018 PENGENALAN
Bahagian Perhubungan, JAKIM (dahulunya dikenali sebagai Cawangan Urus Setia Dasar Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa, (JAKIM) telah mengendalikan urusan permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas bagi warganegara asing semenjak pertengahan tahun 1995.
Semua permohonan Pas Lawatan Ikhtisas oleh tenaga pengajar dan pelajar warganegara asing kepada Jabatan Imigresen Malaysia perlu mendapat sokongan Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN)/Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sebelum ini, proses permohonan surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas dibuat secara manual. Bagi tujuan mempertingkatkan kecekapan dan memudahkan proses permohonan tersebut, pihak JAKIM telah membangunkan Sistem Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas (e-Ikhtisas) bagi membolehkan permohonan surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas dibuat secara atas talian (online).
KATEGORI PERMOHONAN
Permohonan sokongan pas lawatan ikhtisas terdiri daripada 2 kategori berikut :
- Tenaga Pengajar - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Untuk Mengajar Agama Islam di Malaysia
- Pelajar (18 tahun ke atas) - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Untuk Belajar Agama Islam di Institusi Pengajian Yang Berdaftar di Bawah Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Mufti Negeri, Bagi Warganegara Asing Di Malaysia
|