Laman Utama / Pengenalan

Pengenalan

Dikemaskini Oleh : Pentadbir Portal
Tarikh Kemaskini : 05/07/2018

PENGENALAN

Bahagian Perhubungan, JAKIM (dahulunya dikenali sebagai Cawangan Urus Setia Dasar Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa, (JAKIM) telah mengendalikan urusan permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas bagi warganegara asing semenjak pertengahan tahun 1995.
 
Semua permohonan Pas Lawatan Ikhtisas oleh tenaga pengajar dan pelajar warganegara asing kepada Jabatan Imigresen Malaysia perlu mendapat sokongan Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN)/Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Sebelum ini, proses permohonan surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas dibuat secara manual. Bagi tujuan mempertingkatkan kecekapan dan memudahkan proses permohonan tersebut, pihak JAKIM telah membangunkan Sistem Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas (e-Ikhtisas) bagi membolehkan permohonan surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas dibuat secara atas talian (online).

KATEGORI PERMOHONAN

Permohonan sokongan pas lawatan ikhtisas terdiri daripada 2 kategori berikut :

  • Tenaga Pengajar - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Untuk Mengajar Agama Islam di Malaysia
  • Pelajar  (18 tahun ke atas) - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Untuk Belajar Agama Islam di Institusi Pengajian Yang Berdaftar di Bawah Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Mufti Negeri, Bagi Warganegara Asing Di Malaysia

PAUTAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
MAMPU

[IP Anda : 10.29.207.79]
Halaman ini mengambil masa 0.028 saat untuk dipaparkan.

Maklumat AM


Penafian:- Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

JUMLAH PELAWAT TERKINI

707,565

Pengunjung Online : 4
Hari Ini : 2
Minggu ini : 3994
Bulan ini : 13242
Tahun ini : 88857
Kemaskini terakhir : 14/04/2021

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768. Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2024, JAKIM. Hakcipta Terpelihara. Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.