Tatacara Permohonan Pelajar
Dikemaskini Oleh : Pentadbir Portal Tarikh Kemaskini : 04/07/2018
TATACARA PERMOHONAN PELAJAR
SURAT SOKONGAN PAS LAWATAN IKHTISAS
|
1.
|
Memastikan Sekolah / Penganjur telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) / Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Mufti Negeri dibawah Enakmen Sekolah-Sekolah Agama.
Penganjur mestilah berdaftar di sistem e-Ikhtisas melalui JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti Negeri untuk mendapatkan ID dan Katalaluan bagi log masuk ke dalam sistem.
|
2.
|
Penganjur
- Log Masuk ID Penganjur
- Melengkapkan maklumat di Maklumat Pemohon dan Maklumat Tambahan
- Memuatnaik Halaman Utama Pasport, Cop Imigresen masuk Malaysia terkini dan Pas Lawatan Ikhtisas di Maklumat Tambahan
- Pelajar yang berpindah tempat belajar perlu memuatnaik Surat Berhenti
- Mengesahkan perakuan penganjur dan memuatnaik Jadual Belajar serta Surat/ Sijil pendaftaran sekolah yang belum tamat tempoh di Maklumat Penganjur
- Melengkapkan permohonan dan hantar ke JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti Negeri melalui sistem
- Perlu membuat temujanji dengan JAIN/ MAIN/ Jabatan Mufti Negeri untuk menghadiri temuduga.
- Menyemak status/ keputusan permohonan melalui e-Ikhtisas
|
3.
|
Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) / Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Mufti Negeri
- Mendaftarkan maklumat penganjur ke dalam sistem untuk mewujudkan ID dan Kata laluan pengguna
- Menerima permohonan dari Penganjur
- Menyemak permohonan, melaksanakan proses temuduga dan menghantar keputusan temuduga ke Jakim
|
4.
|
Jakim
- Menyemak dan memproses permohonan
- Memberikan ulasan untuk pengemaskinian maklumat sekiranya permohonan yang diterima tidak lengkap
- Menyokong dan mengeluarkan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas
|
7.
|
Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas
- Penganjur/ Pemohon boleh mendapatkan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas daripada JAIN/ MAIN / Jabatan Mufti Negeri atau Jakim.
- Sila pastikan surat tersebut mempunyai cop rasmi jabatan (JAIN/ MAIN / Jabatan Mufti Negeri atau Jakim)
- Perlu membawa bersama Pasport Asal pemohon untuk mendapatkan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas
|
|