Laman Utama / Pengenalan

Pengenalan

Dikemaskini Oleh : Pentadbir Portal
Tarikh Kemaskini : 17-04-2013

PENGENALAN

Bahagian Perhubungan, JAKIM (dahulunya dikenali sebagai Cawangan Urusetia Dasar Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa, JAKIM) telah mengendalikan urusan permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas bagi warganegara asing semenjak pertengahan tahun 1995.
 
Semua permohonan Pas Lawatan Ikhtisas oleh tenaga pengajar dan pelajar warganegara asing kepada Jabatan Imigresen Malaysia perlu mendapat sokongan Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN)/Jabatan Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Sebelum ini, proses permohonan surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas dibuat secara manual. Bagi tujuan mempertingkatkan kecekapan dan memudahkan proses permohonan tersebut, pihak JAKIM telah membangunkan Sistem Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas (e-Ikhtisas) bagi membolehkan permohonan surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas dibuat secara atas talian (online).

KATEGORI PERMOHONAN

Permohonan sokongan pas lawatan ikhtisas terdiri daripada 4 kategori berikut :

  • Tenaga Pengajar - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Untuk Mengajar Agama Islam Bagi Warganegara Asing di Malaysia
  • Pelajar Islam Asal (18 tahun ke atas) - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Untuk Belajar Agama Islam di Institusi Pengajian Yang Berdaftar di Bawah Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Mufti, Bagi Warganegara Asing Di Malaysia
  • Pelajar Saudara Baru - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Untuk Belajar Asas Agama Islam di Institusi Pengajian Di Malaysia Yang Berdaftar di Bawah Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Mufti, Bagi Warganegara Asing Yang Baru Memeluk Agama Islam
  • Pendakwah Jangka Masa Singkat - Permohonan Surat Sokongan  Pas Lawatan Ikhtisas Bagi Pendakwah yang dijemput untuk berdakwah di Malaysia dalam tempoh yang singkat.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768. Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2012, JAKIM. Hakcipta Terpelihara. Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.